Nota (2.1, Jirim)

2.1 Jirim
 Kimia (chemistry) adalah kajian mengenai jirim (matter), komposisi dan perubahan yang
dilaluinya.
 Jirim (matter) adalah apa jua benda (samada hidup atau bukan hidup) yang memenuhi
ruang (occupies space) dan mempunyai jisim (mass). Dalam erti kata lain, jirim adalah apa jua
benda yang mempunyai isipadu (volume) dan jisim.
 Contoh jirim adalah buku, pen, kerusi, air, udara dan tumbuh-tumbuhan. Contoh bukan
jirim (non-matter) adalah seperti elektrik dan cahaya.
 Teori zarah menyatakan jirim terdiri zarah diskret yang sangat kecil. Kajian sifat zarah
dalam jirim adalah seperti berikut:

Susunan zarah dalam pepejal.

Susunan zarah dalam cecair.

Susunan zarah dalam gas.
 Zarah asas yang membentuk jirim adalah atom, molekul atau ion.
 Kewujudan zarah adalah disokong oleh beberapa pemerhatian (observation). Contohnya
adalah seperti berikut:

  • Apabila setitik dakwat biru jatuh ke dalam air di dalam sebuah bikar, warna biru dakwat

tersebut merebak ke seluruh air. Ini menunjukkan bahawa dakwat terdiri daripada zarah dalam
gerakan (particles in motion).

  • Apabila paip gas di makmal dibuka, bau gas dapat dikesan dengan serta-merta. Ini

menunjukkan bahawa gas juga adalah terdiri daripada zarah dalam gerakan.
Unsur (element) adalah bahan yang tidak boleh dijadikan apa-apa jua yang lebih mudah
atau diringkaskan lagi melalui sesuatu tindak balas kimia. Zarah dalam beberapa unsur (element) terdiri daripada atom. Sebagai contoh, logam seperti emas, tembaga, besi, zink, kesemuanya terdiri daripada atom.

Sebatian (compound) adalah bahan yang boleh dibuat kepada sesuatu yang lebih kecil melalui
tindak balas kimia.
 Sebatian (compounds) mengandungi lebih dari satu unsur. Unsur-unsur dalam suatu sebatian
itu tidak hanya bercampur antara satu sama lain, tetapi mempunyai juga daya yang kuat
yang dipanggil ikatan kimia (chemical bond).

Suatu sebatian adalah:

  • Dibentuk oleh tindak balas kimia.
  • Mempunyai sifat yang berbeza daripada unsur-unsur yang terkandung di dalamnya.
  • Zarah dalam sebatian boleh terdiri daripada molekul atau ion.

Molekul terdiri daripada dua atau lebih atom-atom yang dipegang bersama (held together)
oleh suatu ikatan kimia. Molekul juga adalah zarah yang tidak bercas.
 Molekul boleh terdiri daripada atom dari unsur yang sama, contohnya molekul oksigen (O2),
molekul nitrogen (N2), molekul hidrogen (H2) dan molekul sulfur (S8).
 Molekul boleh juga terdiri daripada atom dari dua atau lebih unsur yang tidak sama,
contohnya molekul air (H2O) yang terdiri daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen,
dan karbon dioksida (CO2) yang terdiri daripada satu atom karbon dan dua atom oksigen.
 Sesetengah molekul boleh menjadi terlalu besar, contohnya kuinin (quinine) yang merupakan
dadah yang digunakan bagi merawat pesakit malaria, mempunyai formula C20H24N2O2.

 Walau bagaimanapun, beberapa sebatian terdiri daripada atom atau kumpulan atom yang
membawa cas positif atau negatif. Zarah bercas (charged particle) tersebut dipanggil ion. Sebagai
contoh, garam, NaCl, terdiri daripada ion natrium (Na+) dan ion klorida (Cl-). Karat pada paku
besi terdiri daripada ion ferum (III) (Fe3+) dan ion oksida (O2-).
 Ion-ion yang bercas positif dipanggil kation (cation). Sebagai contoh, ion natrium (Na+) dan
ion ferum (III) (Fe3+) adalah kation.
 Ion-ion yang bercas negatif dipanggil anion. Sebagai contoh, ion klorida (Cl-) dan ion
oksida (O2-) adalah anion.

Perubahan keadaan jirim

  1. Jirim boleh berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain apabila ianya dipanaskan atau disejukkan.
  2. Apabila jirim dipanaskan, zarah – zarahnya akan menerima tenaga haba menyebabkan tenaga kinetik zarah turut bertambah.
  3. Apabila jirim disejukkan, zarah akan membebaskan haba menyebabkan tenaga kinetik zarah – zarah berkurang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: